fb Twitter



lefthandedstoryteller

| 23 | teacher in the making |



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
DUGAAN
Thursday 26 February 2015 | 09:14 | 0 comments
Assalamualaikum..

malam yang sunyi, membuatkan aku terpukul untuk menulis sesuatu setelah lama membiarkan blog ni senyap tanpa sebarang post hampir setahun lamanya. berat, terlalu berat dugaanMu Ya Allah. terasa kerdil diri ini bila mengingati diriMu.

semuanya bermula apabila abah di masukkan ke Hospital Pantai KL hanya disebabkan demam panas dan hilang selera makan sejak sebulan sebelum di masukkan ke hospital. sayunya hati melihat satu-satunya insan tempat aku bergantung harap selama ini telah berubah sedemikian rupa. walau bagaimanapun, final exam tetap aku habiskan sebelum pulang untuk cuti semester. kebetulan yang tidak disangka, abah sakit semasa aku bercuti dan aku sangat bersyukur untuk itu.

lama-kelamaan sikapnya mula berubah dan mula meracau seperti orang hilang ingatan. dalam masa seminggu, abah hilang kemampuan untuk bergerak dan pemikirannya tidak lagi waras seperti manusia biasa. risaunya hati saat itu, hanya Allah yang tahu. apabila pemeriksaan lanjut dijalankan, doktor pakar telah mengesahkan bahawa terdapat air yang banyak di dalam kepala abah dan mengganggu otak serta pemikirannya. Allahu, satu kenyataan yang sangat sukar untuk aku terima. doktor menyarankan agar abah menjalani pembedahan memasang tube setelah mengenalpasti bahawa air yang berada di dalam kepala abah adalah berkuman dan sudah tersumbat. kami bersetuju dengan cadangan doktor kerana bukti yang sahih telah ditunjukkan oleh doktor iaitu hasil xray.

kami mula redha. aku redha dalam terpaksa kerana masa dirasakan terlalu pantas berlalu. betullah orang kata, penyakit datangnya macam kilat, tapi nak sembuh perginya macam semut. alhamdulillah pembedahan berjaya, dan dalam masa 2 minggu di ICU abah menampakkan perubahan. walaubagaimanapun, kami diuji lagi apabila tube yang dipasang dalam kepala mengalami masalah dan abah perlu dibedah semula. kami bersetuju kerana ia merupakan cadangan yang terbaik setakat itu. abah semakin membaik, dan kami meminta kebenaran doktor untuk membawa abah pulang dan menjalani terapi di rumah. dalam masa yang sama, cuti semester aku selama sebulan setengah juga sudah sampai ke penghujungnya. terlalu sedih rasanya sebab terpaksa pulang ke Besut semula dan meninggalkan abah dalam keadaan yang masih terlantar di atas katil. sayu, sebak, risau, takut, semua rasa bercampur kerana aku berharap masih berpeluang untuk menjaganya.

sekarang, sudah hampir dua bulan abah dirumah. dibantu dan dijaga oleh mama dan angah. banyak perubahan pada diri abah yang dapat aku lihat dan salah satu daripadanya adalah abah sudah mampu untuk berdiri sendiri walaupun masih belum kuat untuk berjalan tanpa bantuan. syukur, syukur padaMu ya Allah kerana memberi kesempatan pada abah untuk pulih semula dan aku masih berharap abah terus bersemangat untuk kembali sihat. walaupun ingatan abah hanyalah ingatan jangka pendek, aku berharap masa akan membantu abah untuk mendapatkan kembali ingatannya dan bekerja semula seperti biasa. DAN aku berharap abah akan kembali pulih untuk sentiasa memberi semangat kepada aku apabila sedih, mendengar cerita dan masalah aku seperti dulu, sungguh aku rindu. 


Older Post