
![]() | 23 | teacher in the making |
Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll
| kuatlah wahai hati ^_^
Wednesday, 26 December 2012 | 23:23 | 0 comments
setelah lama tidak menulis disini, now i'm back ! disaat memerlukan seseorang untuk bercerita, blog adalah pilihan terbaik apabila seseorang itu tiada untuk menjadi pendengar cerita budushhh aku.
Ya Allah, jika suatu saat aku hilang harapan dan arah tuju, berikanlah aku keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik daripada apa yang ku inginkan dan kuharapkan.
terlalu berat dugaan yang dilalui sehinggakan aku berputus asa. dugaan demi dugaan, membuatkan aku lebih kuat. tapi, adakalanya aku memerlukan sokongan. motivasi yang dapat membuat aku lebih kuat untuk menjalani kehidupan seharian seperti orang lain. sabar, adalah perkataan yang tidak putus-putus aku dengar. perlu ke bersabar sehingga orang lain pijak kepala kita? ada orang berkata, anggaplah hinaan dan cacian orang lain tu sebagai motivasi untuk membina. sabar dan cuba untuk perbaiki diri sendiri. how can i do that, when there's no more respect at all. nak menegur orang, banyak cara nya. tidak perlu untuk menghina atau memandang rendah terhadap orang lain. walaubagaimanapun, kata-kata hina tu yang mampu buat aku bangun semula.
diam, bukan bermaksud membenarkan tapi untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. tapi sampai bila? aku sendiri tak pasti. terlalu banyak yang telah terjadi, dan terlalu banyak yang dipendam. menangis, adalah perkara terbaik yg selalu dilakukan. kadangkala, airmata terasa kering untuk perkara yang takkan pernah berakhir ni. serahkan segalanya pada takdir, itu yang seharusnya. dan aku hanya mampu berdoa, moga dipermudahkan segala urusan dan ditabahkan hati untuk melalui kehidupan yang entah tinggal berapa lama lagi.
|