
![]() | 23 | teacher in the making |
Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll
| ~dear heart~
Friday, 19 October 2012 | 02:13 | 0 comments
"dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yg beriman" -al-imran,139
hati manusia dalam genggaman Allah. dengan kehendak-Nya, sekelip mata ia mampu berubah. begitu juga iman di dada. ujian itu kadangkala menambah kemanisan dalam mendapatkan cinta Ilahi. namun, kadang-kadang hati terasa sangat penat dan kekuatan yang telah cuba dibina masih belum kukuh lalu tersungkur semula.
inilah kehidupan. kadang-kadang, kita merasa sudah cukup kuat dan mampu meneruskan kehidupan dengan lebih baik. tetapi kadang-kadang juga kita merasa seolah-olah sangat lemah dan tak mampu untuk menghadapi semua dugaan dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan.
oleh itu, tabah lah wahai hati. memang mudah untuk berkata-kata, memberi semangat untuk mereka-2 bangkit semula dari kekecewaan. tapi tatkala ujian itu menimpa diri sendiri, kita semua sebenarnya sama. TERLUKA. justeru, buat mu wahai hati :
#jangan mudah "terjatuh" kerana kau yg akan terluka
# jangan benarkan orang yg salah menjagamu kerana kau akan dibuang
# jangan biarkan org yg zalim memegangmu kerana kau akan dihancurkan
saat ini, aku sedang berjuang. berjuang di antara semangat dan rasa hampa. sudah sampai masanya untuk aku meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan sesuatu yang pasti bukan milikku. semoga sakit yang dirasakan ini mampu menjadi penawar dosaku.
p/s buat si jejaka diluar sana : jangan pernah sentuh hati seseorang wanita, kalau tidak berniat untuk dinikahi kerana hati ini terlalu bernilai untuk disakiti.
|