
![]() | 23 | teacher in the making |
Skin by Ayien Cute favicon byBabydoll
| KESILAPAN WANITA
Saturday, 23 June 2012 | 07:19 | 0 comments
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.” FRUST ?? Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Aneh sekali sakit putus cinta… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita sayangi. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Tapi alhamdulillah, sakit yang d'rasai sekarang menjadikan aku lebih kuat. pengalaman mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar. ambillah iktibar sepenuhnya agar ia tidak berulang lagi. SILAPNYA SEORANG WANITA IALAH : ✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA.. ✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI.. ✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA.. KERANA ITULAH, APABILA BERHADAPAN DGN SEORANG LELAKI, WANITA PERLU LEBIH BERHATI-HATI. JANJI MANIS DI BIBIR ITU..MUNGKIN MENJADI SEMBILU YG AKAN MENGGURIS HATI BERTAHUN LAMANYA. MAKANYA, SELAGI BELUM PASTI, JANGAN MEMBERI SEPENUH HATI. SELAGI BELUM MEMILIKI DAN DIMILIKI SECARA HALAL DAN SAH, JANGAN MEMBERI SEGALA-GALANYA. BILA KITA TERLALU MUDAH MEMBERI KELAK NANTI KITA AKAN SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI. |