fb Twitter



lefthandedstoryteller

| 23 | teacher in the making |



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
La Tahzan :)
Wednesday, 25 April 2012 | 07:15 | 0 comments
LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA

Di saat masalah menimpa, hati sedang kecewa & keliru, ketika itulah kita akan meraung menyeru namaNya.
tidak malukan kita? 

Walaubagaimanapun, di sebalik kesulitan itu ada kemudahan, esok akan merekah bunga yg harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati, insyaAllah. :)

Ingatlah, 
Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya.


Buatmu wahai jiwa-jiwa yang terluka :

Jangan bersedih kerana qadha' yg tlh ditetapkan, sesuatu yg ditakdirkan telah t'jadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan tlh pun d'lipat, dan setiap perkara telah d'tetapkan. Kesediahn anda tidak dapat mendahulukan atau mengakhiri kenyataan yg t'jadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yg tlh d'tetapkan.

Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan m'dorong anda utk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan kebelakang dan mengembalkan aliran sungai ke sumbernya semula !

Jangan bersedih, kerana org yg merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yg mengurai pintalan tenun yg kuat pintalannya, dan ibarat seseorg yg menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih, sebab usia anda yg sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jgn habiskan usia anda dlm kesedihan, jgn biarkan malam-malam anda dlm kecemasan, jgn anda tukar kebahagiaan dgn ketakutan, dan jgn mensia-siakan waktu anda yg masih b'sisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai org yg m'sia-sia kan waktu.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran : 139)


Kita tidak akan sesekali dpt menjangka,
Apa yg Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira,
Adakala kita tersangat tidak suka,
AturanNya bukan pilihan kita.



walau apa pon yg t'jadi, pandanglah ke hadapan, and said "I CAN DO IT !!" :D

JANGAN PERNAH RUNSING DENGAN PANDANGAN ORANG LAIN TERHADAP KITA, KERANA KITA LEBIH MENGETAHUI SIAPA DIRI KITA BERBANDING MEREKA.
BIAR ORANG MENGATA, ALLAH LEBIH MENGETAHUI SIAPA DIRI KITA. ^_^



Older Post | Newer Post