fb Twitter



lefthandedstoryteller

| 23 | teacher in the making |



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
DUGAAN
Thursday 26 February 2015 | 09:14 | 0 comments
Assalamualaikum..

malam yang sunyi, membuatkan aku terpukul untuk menulis sesuatu setelah lama membiarkan blog ni senyap tanpa sebarang post hampir setahun lamanya. berat, terlalu berat dugaanMu Ya Allah. terasa kerdil diri ini bila mengingati diriMu.

semuanya bermula apabila abah di masukkan ke Hospital Pantai KL hanya disebabkan demam panas dan hilang selera makan sejak sebulan sebelum di masukkan ke hospital. sayunya hati melihat satu-satunya insan tempat aku bergantung harap selama ini telah berubah sedemikian rupa. walau bagaimanapun, final exam tetap aku habiskan sebelum pulang untuk cuti semester. kebetulan yang tidak disangka, abah sakit semasa aku bercuti dan aku sangat bersyukur untuk itu.

lama-kelamaan sikapnya mula berubah dan mula meracau seperti orang hilang ingatan. dalam masa seminggu, abah hilang kemampuan untuk bergerak dan pemikirannya tidak lagi waras seperti manusia biasa. risaunya hati saat itu, hanya Allah yang tahu. apabila pemeriksaan lanjut dijalankan, doktor pakar telah mengesahkan bahawa terdapat air yang banyak di dalam kepala abah dan mengganggu otak serta pemikirannya. Allahu, satu kenyataan yang sangat sukar untuk aku terima. doktor menyarankan agar abah menjalani pembedahan memasang tube setelah mengenalpasti bahawa air yang berada di dalam kepala abah adalah berkuman dan sudah tersumbat. kami bersetuju dengan cadangan doktor kerana bukti yang sahih telah ditunjukkan oleh doktor iaitu hasil xray.

kami mula redha. aku redha dalam terpaksa kerana masa dirasakan terlalu pantas berlalu. betullah orang kata, penyakit datangnya macam kilat, tapi nak sembuh perginya macam semut. alhamdulillah pembedahan berjaya, dan dalam masa 2 minggu di ICU abah menampakkan perubahan. walaubagaimanapun, kami diuji lagi apabila tube yang dipasang dalam kepala mengalami masalah dan abah perlu dibedah semula. kami bersetuju kerana ia merupakan cadangan yang terbaik setakat itu. abah semakin membaik, dan kami meminta kebenaran doktor untuk membawa abah pulang dan menjalani terapi di rumah. dalam masa yang sama, cuti semester aku selama sebulan setengah juga sudah sampai ke penghujungnya. terlalu sedih rasanya sebab terpaksa pulang ke Besut semula dan meninggalkan abah dalam keadaan yang masih terlantar di atas katil. sayu, sebak, risau, takut, semua rasa bercampur kerana aku berharap masih berpeluang untuk menjaganya.

sekarang, sudah hampir dua bulan abah dirumah. dibantu dan dijaga oleh mama dan angah. banyak perubahan pada diri abah yang dapat aku lihat dan salah satu daripadanya adalah abah sudah mampu untuk berdiri sendiri walaupun masih belum kuat untuk berjalan tanpa bantuan. syukur, syukur padaMu ya Allah kerana memberi kesempatan pada abah untuk pulih semula dan aku masih berharap abah terus bersemangat untuk kembali sihat. walaupun ingatan abah hanyalah ingatan jangka pendek, aku berharap masa akan membantu abah untuk mendapatkan kembali ingatannya dan bekerja semula seperti biasa. DAN aku berharap abah akan kembali pulih untuk sentiasa memberi semangat kepada aku apabila sedih, mendengar cerita dan masalah aku seperti dulu, sungguh aku rindu. 

...moment...
Sunday 5 January 2014 | 19:01 | 0 comments

love is the moment, the day,
the moment i let you go
my heart stopped, time stopped,
it keeps hurting

love is the moment, the day,
the moment i left you
love left too, it keeps hurting...

.....
Wednesday 9 October 2013 | 08:52 | 0 comments

setiap manusia ada perasaan, ada emosi, ada masalah tersendiri yang menyebabkan mereka berbeza-beza perangai dan sifat. 
tapi semua faktor tersebut mampu DIKAWAL demi menjaga hati pihak lain.
mungkin susah, dan mungkin terlalu sukar untuk menjaga hati orang lain.
kadang-kadang kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi apa kan daya, masih belum mampu 
untuk memuaskan hati semua pihak.
masih ada kekurangan dan masih ada rasa tidak senang dalam hati mereka.
kadang-kadang kita perlu memahami orang lain,
lebih dari memahami diri sendiri. 
membiarkan hati sendiri sakit, demi menjaga hati orang lain.
mengambil berat perihal orang lain lebih daripada menjaga perihal sendiri.
seikhlas mana pun hati, pasti akan terusik tatkala usaha yang dilakukan sia-sia
bukan balasan yang diharapkan, tapi hanya sedikit pernghargaan yang
menunjukkan bahawa usaha kita dihargai
pandangan mata..... sangat memberi makna
kadang-kadang hanya dengan pandangan mata, kita dapat menafsir perasaan dan rasa
dalam hati seseorang
berhati-hati lah kerana pandangan mata sangat membunuh


C.I.N.T.A
Wednesday 4 September 2013 | 07:44 | 0 comments

cinta...bagaikan misteri..
hadirnya tanpa kita rencana..
untuk bangun setelah jatuh..
hidup setelah jiwa mati mengenal sepi..
kita sendiri tiada jawapan kenapa dan bagaimana, cinta itu hadir..
kadang-kadang cinta itu pengajaran, pengorbanan, keikhlasan..
kadang-kadang dia datang sekadar memberi teman..
mungkin sementara, atau mungkin selamanya..
cinta sentiasa ada untuk kita..
BE POSITIVE !!
kita kena yakin yang satu hari nanti..
kita akan capai apa yang kita impikan..
cinta yang kita dambakan..


our "honeymoon"
Sunday 28 April 2013 | 03:26 | 0 comments

hallo, hallo, hallooooo. kopi ke milo. yesss ! its have been a few months i tak update blog. i??? yuckkss. okay, nevermind. first of all, nak bagitaw yang this time terasa mcm excited nak hupdate blog ni. terlalu banyak benda dah terjadi selama beberapa bulan ni dan yeahhh ! ofcose banyak yang menggembirakan. dah last-2 sem baru berkesempatan nak bercerita. hewhew. sooo, what about "our honeymoon"? ihikss. actually, plan nak pergi pulau perhentian dah terlaksana dengan jayanya. alhamdulillah, dah berabad lama nya perancangan dibuat, dan akhirnyaaaa dengan usaha yg gigih kami dapat menjejakkan kaki ke sana. orang kata, sambil menyelam minum air. and you know what? kami ke sana atas alasan program BIG bg fasa 3. hehe. 


pandangan pulau dari tempat kami menginap. subhanallah, cantik sesangatt

muka-2 gembira murid cecomel SK Pulau Perhentian bersama sebahagian dari kami. 

all of us. we luvchuuu guys !!

the most beautiful memories here is snorkelling. it was my first time and i know it just same with my classmates too. 

see ! semuanyaaa dah macam penyu kat tengah laut :D

anddd, ini adalah saya, fina, ying, alyaa dan syahmi. kami antara yang tidak mabuk laut. ihiksss

orang sibuk bagi ikan makan, dia sibuk bergambar. haha ! and she's simahhh. hee~

the next activity is jungle tracking ke kincir angin. memula tengok, macam dah give up je rasa nyee. tinggi yang amat teramat lahhh haih. tapi, bila dah pergi tak lah jauh mana pon. hihi.

here we areeee ! cantik sangat pemandangan kat sini 

guess who ?? she isssss our mentor. and our "ibu" :)

this ! the four of us. wife to be. ekekeke 

and this is them, with puan haspinah. ^_^

the last but not least, this is us ! ketawa, menangis, bergaduh, mengumpat sesama kami tapi kami adalah kami. luv u alls !

satu percutian yang sangat menggembirakan bersama mereka.  XOXO. wasalam :)


Older Post